About Me

DARI TIADA KEPADA ADA... TAPI HATI MASIH BERTANYA..

Tuesday, February 26, 2013

UMRAH, UAI, TERENGGANU SAILING


tahniah dan syabas kepada terengganu sailing team dan kepada pemenang pada kejohanan city night game menyaksikan jumlah peyertaan semakin bertambah dari masa ke semasa. moga-moga pelapis muda ini akan menggalas dan mampu membuat kejutan dimasa akan datang untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara. bersama kita doakan kejayaan mereka dalam menempuh hari-hari yang akan datang agar mereka lebih berani dan berjaya.



pasukan Terengganu Sailing Team selamat tiba di madinah bersama jemaah haji yang lain. mudah-mudahan amalan mereka diterima oleh Allah . 27.02.2013. kepada yang lain semoga kita sentiasa dan ingin ke sana juga. (hati terasa nak pegi mungkin belum masanya lagi, insyallah satiu hari nanti). hidup ini akan rasa tidak lengkap sekiranya kita mampu tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan kepada kita...
wah abang katang kite yusof(ucop) jurulatih pahang bergambar dengan ustaz azhar idrus atau dikenali dengan UAI.. walaupun bidang yang berbeda namun kita menuju jalan yang sama. teruskan perjuangan masing-masing dalm mencari kebahagian dunia dan akhirat..

Monday, February 25, 2013

DENGAN CINTA KENAL PENCIPTA

 



tahniah dan syabas kepada rakan-rakan yang telah mendirikan rumah tangga. doa kami semoga cinta dan kasih sayang kalian kekal dalam perjalanan menuju ke syurga. 

yang mana belum kawin tu, hah apa tunggu lagi?? cari calon dan laksanakan ikatan murni ini.. hahaha (cakap orang diri sendiri pun sama jugak).. pape pun berusaha dan doa dalam mengejar apa yang kita hajati mudah-mudahan akan dipermudahkan olehnya.



assalamualaikum...

assalamualaikum.. wbt..

setelah kian lama menyepi saya bercadang untuk menulis semula dan akan berterusan insyaallah...

kalau nak di ikut kata hati, berada di gelanggang pertandingan menjadi pilihan, namun setiap kejadian pasti ada hikmahnya. sekarang bergelar pendidik kepada pelayar . syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang telah di kurniakan. 

perancangan yang kita buat adakalanya akan disandingkan dengan dugaan, jadi kita harus bersedia menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku.. banyak perkara yang di lalui masih tersirat di dalam hati, insyallah akan di kongsi tidak lama lagi.. yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah itu dari diri sendiri..

perkongsian untuk menjadi insan...