About Me

DARI TIADA KEPADA ADA... TAPI HATI MASIH BERTANYA..

Saturday, April 16, 2016

ANAK BUANG EMAK..

Ibu sedih anak membuangnya di rumah orang tua

Kira-kira sebulan lepas saya berkunjung ke sebuah rumah orang tua sekitar Kuala Lumpur untuk satu tugasan namun saya menemui satu kisah yang amat menyedihkan..Menurut seorang makcik yang tinggal disana, dia mempunyai anak dan ahli keluarga  tetapi oleh kerana anak-anaknya mempunyai pelbagai masalah dia memilih untuk menghabiskan sisa hidupnya di rumah jagaan tersebut...Sambil menitiskan air mata dia memulakan kisahnya kepada saya, makcik itu tanya kepada saya adakah saya mempunyai orang tua?  saya tidak berkata apa-apa kerana mebiarkan makcik meneruskan kisahnya..Dia tidak menyangka nasib yang diterimanya tapi reda atas perbuatan anak-anak yang dijaga seperti seorang anak raja dari kecil hingga besar.Satu hari mereka ajak makcik ke rumah anak makcik yang no 3 di kampung.. tanpa tahu niat mereka sebenarnya hendak meninggalkan makcik di rumah sana.. makcik hanya bawak 2 ke 3 helai baju sebab ingat nak pergi sekejap.. bila hari nak balik kl makcik pun siap sekali nak balik..'tapi makcik tak tahu yang sebenarnya mereka nak makcik terus tinggal di sana.mereka macam tidak bercakap apa-apa dengan makcik sepanjang perjalanan sehingga tiba di kl anak makcik tinggalkan makcik di rumah anak makcik no 2 di luar rumah pada jam 1 pagi. Lepas tinggalkan makcik tepi pagar mereka terus pergi tinggalkan makcik yang tidak tahu apa-apa ketika itu..Makcik sangat takut sebab kawasan tu penuh anjing liar dan sangat gelap..Makcik menjerit-jerit minta tolong orang ... anak makcik dalam rumah itu tidak tahu yang makcik ada dekat luar rumah berlari dapatkan makcik.... sampai hati mereka buat makcik macam ni,,Esoknya makcik memilih untuk pergi ke rumah jagaan orang tua.. 
Saya tidak tahu apa masalah anak-anak makcik tu.. tapi dari kisah itu sukar untuk saya bayangkan bagaimana mereka tergamak
melakukannya..

Selagi ada orang tua dengan kita cubalah berbakti sebaik yang mungkin ....






Dr. Zakir Naik..



4 orang memeluk Islam di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil malam tadi alhamdulillah..


 Empat penganut bukan Islam diberi hidayah apabila memilih untuk memeluk Islam dalam sesi ceramah terakhir Dr. Zakir Naik di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil malam ini.

Keempat-empat insan istimewa tersebut terdiri daripada seorang lelaki dari India, Hurendar Bal Singh, seorang lelaki tempatan, Joel, dan dua lagi adalah wanita tempatan yang dikenali Euroshia dan Michelle.

Kehadiran Dr Zakir ke negara sebagai satu tanda bahawa rakyat di negara ini memiliki sikap yang matang dan tidak melulu walaupun pada permulaan ada pihak yang cuba menentang kedatangan penceramah dari kelahiran India itu kemari...

Syabas kepada rakyat Malaysia..




Wednesday, April 13, 2016

assalamualaikum dan selamat sejahtera... bertemu kembali


Budak Kampung 11 tahun ke Grecce

Dimana angin bertiup di situ aku berlabuh...


Perjalanan pagi tadi membuat aku teringat kembali saat pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara..

Peristiwa yang berlaku itu di saat saya masih berapa di alam sekolah rendah.. rasa syukur tak terhingga kerana buat pertama kalinya saya akan ke Grece untuk menyertai pertandingan di sana..

Dengan persiapan yang ala kadar saya diterbangkan ke negara 'sejuk' yang tidak pernah difikirkan. 

Tidak dilupakan kepada Coach saya En Abdul Rani Bin Idris bekas anggota TLDM yang banyak mendidik saya untuk menjadi seorang pelayar..

Tibanya di sana dengan pakain seperti di Malaysia menyebabkan saya kesejukkan .. mana tidaknya dengan memakai seluar jean dan baju biasa mana boleh tahan betul tak??

Lebih kurang 2 minggu berada di grecce .. saya menjadi jakun terutamanya melihat 'orang putih' yang begitu asing bagi saya.. semua itu mengajar saya untuk mengenali dunia ini penuh dengan pelbagai bangsa...

Rasa semangat untuk mengibarkan jalur gemilang amat membuak-buak dalam hati saya.. walaupun masih baru dalam sukan ini ketika itu.

 Dengan berbekalkan Semangat dari nenek. Setiap perlumbaan aku habiskan melakukan dengan sehabis baik walaupun tidak berjaya menempakkn diri di kelompok utama..

Pengalaman di sana menyebabkan aku mula menjadi gila untuk berlatih apabila menyedari taraf yang aku ada jauh berbanding pelayar dari luar negara...

Pengalaman itu tidak pernah dilupakan sehingga kini









Monday, April 11, 2016

Tahniah skuad pelayaran layak ke olimpik

Tahniah MSA dan Pelayar



Tahniah kepada 'ijem' dan 'ayin' berjaya melayakkan diri ke sukan olimpik tidak lama lagi. 

buat julung kalinya Malaysia berjaya melayakkan diri ke sukan olimpik dengan 2 penyertaan..
penyertaan kali ini harus digunakan sepenuhnya negara terutamanya bagi sukan pelayaran untuk meningkatkan prestasi yang ada..

bagi anda di luar sana, sukan pelayaran adalah sukan yang amat mencabar dan dipenuhi perkara-perkara yang anda tidak akan fikirkan.. walaupun adalakalanya kemenangan itu berada di tangan anda namun ia boleh dilenyapkan dengan pelbagai cara..

suka saya menerangkan sedikit tentang sukan ini... mengikut perkiraan mata ia memang mudah bergantung kepada jumlah perlumbaan yang dapat dilakukan.. jika anda tamat di tempat pertama maka mata anda adalah 1, jika anda tamat tempat ke 50 maka anda akan dapt mata 50 mudahkan??

tetapi tidak semudah bagi pelayar untuk tamat pada kelompok 10 terbaik malaysia, asien, asian atau world. ini kerana kesemua pelayar memiliki kelebihan yang hampir sama.. 

sukan  pelayaran menggunakan semua elemen yang ada seperti teknologi, alam, fizikal, mental dan banyak lagi...

jadi untuk memahami nya anda perlu membuat sedikit kajian...

sambung nanti,,,, insyaallah..



Raikan Perbezaan Eratkan Perpaduan -

Assalamualaikum bertemu kembali..


'Raikan Perbezaan Eratkan Perpaduan '

 Mudahkan ayat diatas namun perbezaan dan peselisihan pendapat  sering kali meyesatkan jiwa dan minda umat manusia

Namun hakiktanya ia adalah sunnatullah daripada penciptaan manusia yang tidak dapat dielakkan
Pertembungan ini wujud tidak hanya urusan duniawi sahaja  malah ia turut menular dalam kehidupan beragama.
Perbezaan dan perselisihan ini berlaku lantaran kepelbagaian dan keupayaan berfikir. perbezaan bahasa, budaya dan agama, adat dan latar belakang.
begitu juga dengan persesi yang berlaian terhadap sesuatu perkara. kesemua ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian dan percambahan pandangan dan pendapat..
dari sisi yang lain.ia adalah satu tanda kebesaran Allah swt. yang telah mencipta setiap mahkluk dengan keunikkan masing-masing
Oleh demikian tidak hairan perbezan ini boleh berlaku sejak zaman awal sehingga hari ini.. inlah yang diidyaratakan
dalam ayat 118-119 surah hud. yang bermaksud "dan kalaulah tuhanmu muhammad mengkehendaki tentulah ia sebagai amnsuai menjadian manusia sebagai satu ummat, namun ia tidak berbuat demikian dan kerana itulah mereka terus menerus berselisihan kecuali orang2 diberi rahmat oleh tuhanmu, mereka bersatu dalam agama allah dan untuk tujuan perselisihan dan rahmat itulah, allah menjadikamn manusia dan dengan demikina sempurna janji tuhamu, sesungguhnya aku akan memenuhkan neraka jahanman dengan sekalian jin dan manujsia yang berdosa,
ibnu kasir rahimmahulah menyatakan,m perselisihan tetap ada di kalangamn manusia dalam maslah agama dan akidah . menjadika merka terbahagi kepada pelbagai mazhab dan pendapt..
islam telah mengariskan  adp2 dan etika bagi menguruskan perbezaan yang berlaku, khusunya dalam kalangan umat islam

1) yang pertama- kenalpasti had dalam berbeza pendapat
perbezaan yang berlaku dalam kalanga  umat islam sejak zaman para sahabt dan beklajutan  hingga kini adalah sebahagian dari menifistasi meraian kepebagain dalam islam. fenomeni ini bermanfaaat dan positif sekiranya perbezaan itu tidak melampaui batas tetap menjaga adpa2 dan etika yg betul sepertima mana yang digariskan oleh syarak..
perlu diketahui bahawa perkara2 yang dibolehkan untuk kite  menerima perbezaan pendapat iaitu dalam perkara-perkara yang bersifat yaitu perkara yang cabang,perkara yang tidak muktamat.. yang muktamat maka kita dilarang sama sekali berselisih tentangnya. perbezaan pendapt tapi tidak mencela-
2)-ikhlas-
adalah perkara yg dituntut pada setiap umat islam agar amalan diterima oleh Allah.. maka ia adalah satu kewajipan dan kunci bagi seseorang yang mencari atau menegakkan kebenaran supaya  dirinya tidak dilemaskan oleh hawa nafsu,
sifat megah terhadap diri dalam mencari keberananrn adalah satu sifat yg harus disingkirkan...
salah satu tanda iklas adalh apabila seseorang itu sanggup menerima kebenaran yang datang dari orang lain yg lebih rendah martabatkanya inilah yang contohkan generasi terdahulu daripada kita.
.
3) tidak memenangkan diri, bersikap taksup dan memelihara  ukhwah islam..
salah satu daripada sifat yg harus kita hindarkan apabila berlaku perbezaan pendapat ..tidak menegakkan benang yang basah..kebenaran itu milik Allah s.w.t . dan dialah yang berhak untuk menentukan kepada sesiapa, ia tidak mutlak kepada seseorang individu atau pihak selain itu sifat fanatik terhadpt pegangna mazhab.kumpulan atau guru akan menjadikan orang berbeza pendapt tidak mahu berganjak dari pandangannya.
apa yang merekaa lakukan semata2 bukanlah semata2 kerana Allah tapi sebb faktor lain. lebih dari itu dengan memaksa pihak lain mengikuti pendapat dan pandangan mereka sahaja..

4)memelihara ukhwah dan persaudaraan semasa islam
islam amat menitik beratkan persaudaraan semasa muslim, sehubungan itu ,eskipun berlaku perselisihan, setiap muslim hendaklah memelihara adap tingkah laku dan perbuatan agar tidak menjadi punca  persengketaan, katakata nista,cacian makian,umpatan dan sebagainya hendakhlah dihindari.

segala urusan kita serahkan kepadanya ..


Sunday, March 13, 2016

assalamualakum.. wbt



kalau kita ingat masa kita kanak-kanak dahulu pasti ada perkara yang kita akan ingat sampai bila-bila. betul kan??

sama jugak teman turut mengalami perlara yang sama, namun cara dan masa yang kita lalui mungkin ada kelainan..

teman lalui cabaran sewaktu zaman sekolah rendah tanpa mak dan ayah di sisi teman.. alhamdulillah sebenarnya itu mengutakan teman untuk menjalani kehidupan yang tak pernah difikirkan ..

walaupun begitu, teman masih lagi bersyukur kerana teman sedari masih ramai insan di luar sana yang lebih susah dan malang dari teman.. ketiadaan ibu dan ayah bukan kelemahan tapi kelebihan. 

hari demi hari teman lalui sewaktu berada disekolah . tetapi teman masih tak faham apa yang teman buat.. pergi sekolah balik sekolah.. 

teman masih ingat sewaktu kakak teman hantar ke tadika,, teman lari dari sebab takut nak masuk kelas.. haha satu masa yang tak dapt dilupakan.. maklumlah mase umur teman 4 ke 5 tahun kerje teman mandi laut ikut arwah opah teman.. 

tulah rutin yang teman buat mase sampai darjah dua...

teman akan sambung lagi jika ada kesempatan.. 

biar orang macam lidi asal hati mcm besi.. senyum selalu

Thursday, March 3, 2016

Image result for romzi muhamad
assalamualaikum wbt...

setelah lama menyepi, kini baru muncul semula dan insyaallah saya akan terus menulis di masa akan datang untuk perkongsian bersama.. 

kalau di ikutkan kehendak hati masih berat untuk meninggalkan