About Me

DARI TIADA KEPADA ADA... TAPI HATI MASIH BERTANYA..

Saturday, April 16, 2016

ANAK BUANG EMAK..

Ibu sedih anak membuangnya di rumah orang tua

Kira-kira sebulan lepas saya berkunjung ke sebuah rumah orang tua sekitar Kuala Lumpur untuk satu tugasan namun saya menemui satu kisah yang amat menyedihkan..Menurut seorang makcik yang tinggal disana, dia mempunyai anak dan ahli keluarga  tetapi oleh kerana anak-anaknya mempunyai pelbagai masalah dia memilih untuk menghabiskan sisa hidupnya di rumah jagaan tersebut...Sambil menitiskan air mata dia memulakan kisahnya kepada saya, makcik itu tanya kepada saya adakah saya mempunyai orang tua?  saya tidak berkata apa-apa kerana mebiarkan makcik meneruskan kisahnya..Dia tidak menyangka nasib yang diterimanya tapi reda atas perbuatan anak-anak yang dijaga seperti seorang anak raja dari kecil hingga besar.Satu hari mereka ajak makcik ke rumah anak makcik yang no 3 di kampung.. tanpa tahu niat mereka sebenarnya hendak meninggalkan makcik di rumah sana.. makcik hanya bawak 2 ke 3 helai baju sebab ingat nak pergi sekejap.. bila hari nak balik kl makcik pun siap sekali nak balik..'tapi makcik tak tahu yang sebenarnya mereka nak makcik terus tinggal di sana.mereka macam tidak bercakap apa-apa dengan makcik sepanjang perjalanan sehingga tiba di kl anak makcik tinggalkan makcik di rumah anak makcik no 2 di luar rumah pada jam 1 pagi. Lepas tinggalkan makcik tepi pagar mereka terus pergi tinggalkan makcik yang tidak tahu apa-apa ketika itu..Makcik sangat takut sebab kawasan tu penuh anjing liar dan sangat gelap..Makcik menjerit-jerit minta tolong orang ... anak makcik dalam rumah itu tidak tahu yang makcik ada dekat luar rumah berlari dapatkan makcik.... sampai hati mereka buat makcik macam ni,,Esoknya makcik memilih untuk pergi ke rumah jagaan orang tua.. 
Saya tidak tahu apa masalah anak-anak makcik tu.. tapi dari kisah itu sukar untuk saya bayangkan bagaimana mereka tergamak
melakukannya..

Selagi ada orang tua dengan kita cubalah berbakti sebaik yang mungkin ....






No comments: