About Me

DARI TIADA KEPADA ADA... TAPI HATI MASIH BERTANYA..

Wednesday, April 13, 2016

assalamualaikum dan selamat sejahtera... bertemu kembali


Budak Kampung 11 tahun ke Grecce

Dimana angin bertiup di situ aku berlabuh...


Perjalanan pagi tadi membuat aku teringat kembali saat pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara..

Peristiwa yang berlaku itu di saat saya masih berapa di alam sekolah rendah.. rasa syukur tak terhingga kerana buat pertama kalinya saya akan ke Grece untuk menyertai pertandingan di sana..

Dengan persiapan yang ala kadar saya diterbangkan ke negara 'sejuk' yang tidak pernah difikirkan. 

Tidak dilupakan kepada Coach saya En Abdul Rani Bin Idris bekas anggota TLDM yang banyak mendidik saya untuk menjadi seorang pelayar..

Tibanya di sana dengan pakain seperti di Malaysia menyebabkan saya kesejukkan .. mana tidaknya dengan memakai seluar jean dan baju biasa mana boleh tahan betul tak??

Lebih kurang 2 minggu berada di grecce .. saya menjadi jakun terutamanya melihat 'orang putih' yang begitu asing bagi saya.. semua itu mengajar saya untuk mengenali dunia ini penuh dengan pelbagai bangsa...

Rasa semangat untuk mengibarkan jalur gemilang amat membuak-buak dalam hati saya.. walaupun masih baru dalam sukan ini ketika itu.

 Dengan berbekalkan Semangat dari nenek. Setiap perlumbaan aku habiskan melakukan dengan sehabis baik walaupun tidak berjaya menempakkn diri di kelompok utama..

Pengalaman di sana menyebabkan aku mula menjadi gila untuk berlatih apabila menyedari taraf yang aku ada jauh berbanding pelayar dari luar negara...

Pengalaman itu tidak pernah dilupakan sehingga kini









No comments: